S N H K Z ❝ i . me . myself . mine ❞   |     ·   twitter   ·   facebook   ·   etc   · follow





 photo 79a22415-0de5-4baa-b878-b71d3eed6c9c_zps8bad90e5.jpg
♥ S N H K Z ♥
♥ Twenty-years-old Lady ♥
♥ Ipohreans ♥
♥ Instead of finding the ‘right’ men,
be the ‘right’ women first :)
♥ I'm on my way , In Shaa Allah ♥







 photo d52a55ca-ff3b-4ae4-84b2-1acc2ed3bafa_zpsa9386ca8.jpg

Daisypath Friendship tickers


° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° °
Light Pink Pointer




  PERGI.
Semalam.

"Hmm sy kat polo. Kalau awak nak jumpe dtg la. Kalau hmm.."


Send.
Aku cuba lagak cool. Bukak buku Terfaktab, Oktober yang aku beli dekat CS JB hari tu.
Aku tahu aku tak boleh baca.
Aku tahu hati aku kemana.
Aku tahu mata dan jari aku belek ke skrin kaca.
Aku tunggu dia.

Dan...


Aku nampak dia.
Jelas depan mata.
Ya,
Kekasih yang aku puja sejak kali pertama aku jumpa dekat Jelapang Jaya.
 Masih sama macam masa ambil exam MUET form 6 dekat sekolah dia.
Cuma, sekarang dia makin matang,
Kacak bergaya walau dengan motor lama.


Aku pandang lama.
Dari dia lintas depan mata hingga hilang rupa.
Aku lihat tindak tanduk dia.
Ouh, handphone aku berbunyi,
"Awak......"


Semalam.

Haah tu kisah semalam.
Dekat padang polo.
Jalan sama sama.
Makan sama sama.
Gurau senda
Bercerita tentang dunia.
Hari ini lain pula.


Hari ini.


Aku salah.
Post dekat burung biru pasal kekasih lama.
Post dua hari lepas punya.
Dia baca dan mula bicara.

Dan kita mula bertelingkah.
Masing masing mengungkit kisah lama.
Aku dengan dia,
Kau dengan Zafirah.


Lama.
Aku cuba untuk betulkan bicara tapi kau masih tak dapat terima.
Airmata menitis lagi.

Aku cuba lagi.
Cuba tanya apa yang kau mahu,
Aku cuba turuti.
Dalam hati ini merayu
Sudahlah sayang, jangan panjangkan lagi.
Sakit.
Airmata menitis lagi untuk kesekian kalinya.


Makin panjang Whataspp di balas.
Saling berbalas balas rasa.
Airmata tak mampu aku kira berapa kali tumpahnya tahan sebak di dada.
Akhirnya
Kau lempar kan kata paling bisa.



"DAH TU DELETE LAH !!!
MMG SYE NAK BACE PON BINATANG TU !!"



Airmata gugur lagi.
Satu persatu kenangan mengusik jiwa bertandang.
Teringat bual mesra tak lama dahulu.
Janji janji syurga yang kita impi
Rasa rasa yang kita kongsi bertahun lama lenyap dek kerana salah yang aku tak sangka begini jadinya.


Aku terasa.
Hujung sudut hatiku yang paling dalam terluka.
Aku tahu bukan begitu cara dia bila berkata.
Allah, besarnya salah hingga aku dihina.
Allah,
Dulu Kau pernah titipkan rasa sayang antara aku dan dia.
Cepat benar Kau tarik kembali hingga aku tersungkur tak berdaya.


Dia masih dengan lagaknya.
Tak ada gaya nak meminta maaf atas ayat nya yang kasar.
Padahal sepanjang hubungan aku diajar untuk berbicara dengan santun dan hormat.
Kini kau pula sebaliknya.


Aku tamatkan dengan Wassalam.
Begitu juga kau.
Ego.
Ego yang terlalu tinggi.
Bukan sekali.



Dan kini semua terpancar kembali.
Detik demi detik sepanjang dua tahun ini.
Hai hati,
Kau cuma terlalu mudah memberi.
Dada aku usap dengan lembut biar tenang sambil astagfirullah tak henti.
Tahan sebak, tahan sabar wahai hati.


Jumaat ni balik JB.
Aku nak tinggalkan semua lara disini.
Project, assignments dan plan menanti.
Mungkin rezeki bukan dengan kau sebagai suami isteri,
Cuma doa aku yang terakhir sekali,
Sayang,
Terima kasih kerana sudi menerima diri dari mula hingga akhir detik ini.
Moga bahagia.
Moga perempuan itu gembira berada di sisi kau selamanya.


Tidur.
Airmata temannya.






< O L D E R P O S T | N E W E R P O S T >



©SNHKZ SPACE .

Syukran Jazilan