S N H K Z ❝ i . me . myself . mine ❞   |     ·   twitter   ·   facebook   ·   etc   · follow





 photo 79a22415-0de5-4baa-b878-b71d3eed6c9c_zps8bad90e5.jpg
♥ S N H K Z ♥
♥ Twenty-years-old Lady ♥
♥ Ipohreans ♥
♥ Instead of finding the ‘right’ men,
be the ‘right’ women first :)
♥ I'm on my way , In Shaa Allah ♥







 photo d52a55ca-ff3b-4ae4-84b2-1acc2ed3bafa_zpsa9386ca8.jpg

Daisypath Friendship tickers


° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° °
Light Pink Pointer




  For The First Time

Even after all these years,
We just forgot the feeling that we're meeting,
For the first time...



Jam menunjukkan pukul 12.30 pagi. 

Tetiba terasa nak bukak laptop. Bukak blog and menaip.

Jari bergerak rancak. Pantas mengetik apa yang patut. 

Terus aku tuju ke folder ' Lagu sahaja ".

Aku pilih The Script, For The First Time.....


Setengah jam sebelum tu...

" hmm nape balas lambat? "

Dah mula balik. 

Aku cuba jadi se-cool yang mungkin. 

Dari awal tadi dia asyik cari point salah. 

Aku cuba fikir positif, lagi pun tadi dia tak tahu aku ade kelas.


" hmm ke tengah chat kat wasap? Baik jujur. "

Gulp.

Aku tak boleh lari mana.

Memang aku wasap dengan Lina, Aina and Airel dalam group Ekonomi.

Masing masing cuba mendapatkan kepastian pasal test statistik sama ada esok atau lusa.

Dan bila masuk aku menaip kat dalam group tu, 

Memang huru hara, merapu semua keluar. Hiks *tak mampu nak gelak banyak


" memang tengah wasap nak tahu esok ade test ke tak. hmm "


Jujur. 

Itu yang aku mampu. 

Masih bertahan.


" hmm nak screen capture muka depan dengan whatsapp yang tunjuk dengan sape awak mesej. Jujur dengan saya, jangan delete pa pe. "


" Okay. "


--------------------------------------------------------------------------------


Sambung dekat wasap.


" Screen capture pun lambat ke? "

Pedih.

Tapi masih boleh bertahan lagi.

" Masalahnye wifi bukan laju pun. "

Time ni pulak wifi nak bergurau dengan aku.

Post wasap laju je, 

Asal post gambar amek berjam ?


Damn shit. 

" Ini UniKL bukan Uniten. "

" Saya dekat rumah. Bukan dekat Uniten."

" Yela Uniten awak laju. Unikl sy ape lah sangat."


Masih merayu dalam hati moga tak bertengkar nanti. 


Masih memohon dalam hati moga dia faham.


" Mane ?? Jangan tuka topic "


" SABAR LAH ! "


Mood aku bertukar. 

Tetiba terasa dengan ayat " jangan tukar topik ".

Bibir mata hangat.

Tanda hujan airmata mungkin akan luruh nanti. 

Allah...

Sabar hati sabar...


" Tinggikan lah suara tu. Bagus. "


Okay, macam biasa. 

Perang mesej yang entah kali keberapa.


Ending dia, 

Dia block aku dekat wasap and off phone. 

Goodnight Liefde :')

Airmata luruh jua....


Ku sebut namamu
Di setiap doaku
Bangkitkan setia
Kenangan tentangmu
Yang ku dapat
Hanyalah bayangmu

--------------------------------------------------------------------------


12hb 12, 2012. 4:13:56 pm. Last paper BM, STPM 2012.


" Nape tak amek bawah meja? "

Aku cuba mesej tanya. Asal keychain aku beli kat Lumut untuk dia still ada bawah meja tempat aku letak beg time nak jawab exam kat sekolah dia ?

Dia taknak ke? Buruk ? 

" Jap lagi sy amek sebab tadi kawan awak ramai sangat. "

Ahh ! Cepat pulak van RPB aku datang ! Sebelum ni lambat je ! Time ni la pun....


" Sy da amek tadi. So sy letak kat pintu gerbang nak masuk dekat dengan pengetue kancil tu. Kat tepi tu ade kotak elektrik merah. Bawah dia ade plastik pink. Semoga jumpa :') "


Semput aku turun dr tangga sekolah dia yang tinggi tu then kelam kabut cari port terbaik nak letak keychain buruk aku tu lagi. Van ahh ni spoil! *salahkan van

Then dia jumpa jugak akhirnya. Alhamdulillah.

Sebagai balasan, aku dapat coklat favourite dia plus kertas lukisan teddy comel pegang coklat Hershey's Kisses Cookies and Cream. 

Buatkan aku teringat kenangan ni setiap kali aku nampak coklat tu.


" Last paper, last jumpa. Dapat tengok teddy pun okay :P "

Cuba menduga.

Moga aku tak bertepuk sebelah tangan. Please !

" Hmm harap tak last jumpa la kite ni. Kalau ada jodoh kita jumpa. Huhu .. sy dapat tengok love kat keychain awak pon jadi la mase tuan nye ni dah jauh... "


-------------------------------------------------------------------------------

Tapi tu cerita bertahun lepas. 2012 .

Cerita masa mula mula. Masa pertumbuhan. 

Cerita yang tak mampu aku ulang. 


Trynna make it works, But man, This time is hard...


Semua manis, semua bergula. 

Sambil buat exam, sambil toleh dia. 

Tengok kepala bolat dia sebab nazar nak STPM . 

" Macam Fishball :3 " 

Dan nama tu lekat sampai sekarang.



Tapi tu semua dulu. 

Dulu punya dulu punya dulu. 

Masa rasa " Lautan api pun sanggup ku renangi.. " 



Dan yang dulu takkan pernah sama dengan sekarang. 

Semua dah berubah. 

Semua kenangan tu masih segar, 

Tapi sayang, 

Tak mampu aku ulang. 

Cuma mampu berlegar dalam ruang ingatan, 

Disulam senyum hambar, 

Sambil kesat airmata bercucuran. 


Satu persatu kenangan kembali menghambat. 

Buatkan luka makin bernanah,

Tapi indah. 

Dalam hati tiada barah. 

Cuma luka yang takkan sembuh sampai kesudah. 



Tak tahu siapa yang perlu dipersalahkan. 

Aku tak berharap semua kembali seperti bertahun yang lalu.

Tak mungkin, sungguh mustahil. 

Masa yang berlalu takkan mampu di ulang. 



Aku cuma mahu tidur lagi, 

Biar airmata luruh, 

Asalkan aku mampu merasai mimpi indah itu lagi. 

Bukan lagi.

Tapi sampai MATI.


Terimalah seseorang yg dpt terima diri di saat hidup kita 

di aras terbawah. Di waktu diri paling hina. Buruk dan 

daif.








< O L D E R P O S T | N E W E R P O S T >



©SNHKZ SPACE .

Syukran Jazilan